Monday, November 10, 2008

PERTANDINGAN MEMANCING TENGGIRI DI LANGKAWI

Sempena musim penghijrahan ikan pelagic terutamanya ikan tenggiri yang melintasi perairan Langkawi, Majlis Tindakan Pelancongan Langkawi mengambil peluang menganjurkan pertandingan memancing ikan tenggiri di selatan perairan Pulau Langkawi pada 8 dan 9 November 2008. Pertandingan memancing kategori pantai juga diadakan dikawasan pantai hadapan Awana Porto Malai.

Saya bersama 9W2KMC sempat berjumpa dengan rakan-rakan ham yang datang untuk memberi bantuan komunikasi. Antara yang dapat ditemui ialah 9M2SO Tuan Haji Shafie, 9W2AZE Cikgu Aziz, 9W2OP Pak Long Lah, 9W2FLY, 9W2GPS, 9W2PCS, 9W2PCB, 9W2ZZF, 9W2DSL. Kami tidak sempat melihat ikan hasil tangkapan pemancing kerana pemancing pemancing masih belum pulang dari laut.

Wednesday, September 10, 2008

TAHNIAH KEPADA RAKAN-RAKAN BARU

Keputusan RAE telah diumumkan minggu lepas, TAHNIAH pada rakan-rakan yang telah berjaya. Kepada yang masih belum lagi berjaya, jangan putus asa CUBA dan CUBA lagi!.

Apparatus Assignment (AA) rakan rakan baru radio amatur Langkawi telah pun diperolehi dari Pengurus ASTRA Negeri Kedah. Berikut adalah senarai callsign tersebut.

1 GHAZALI B. MD.ISA 9W2OCL
2 NAGAIAH A/L VELU 9W2NGY
3 AZHAR B. BAHAROM 9W2APL
4 MUHD. SHUKKERI B. HJ. ROKHANI 9W2SPL
5 MOHD. FAISAL B. ABD. WAHAB 9W2CFL
6 AIZAL AZRI B. ZAKARIA 9W2GTL
7 FAKRULRADZI B. MAHTAR 9W2TXC
8 DZAINOL B. LADZIM 9W2NOL
9 RAZALI B. OSMAN 9W2LPL
10 RODZIMAN B. OSMAN 9W2CML
11 RONIZAM SAIRIZAL B. MD. SANI 9W2RPT
12 ROSLAN BIN MUSTAFFA 9W2RTL
13 MOHD. ISHAM B. SAADON 9W2IPL
14 JAMALUDDIN N. AHMAD 9W2DMR

Monday, August 4, 2008

BERSAHABAT MELALUI GELOMBANG DI UDARA

Minat saya terhadap penggunaan radio komunikasi dua hala bermula sejak beberapa tahun dahulu lagi bermula dengan penggunaan 'walkie talkie' semasa menjalankan tugas acara sukan di padang dan stadium. Cuma di waktu itu tidak menemui jalan yang betul dan tidak tahu selok belok untuk mendapatkan lesen pengendali radio amatur.

Kebetulan pula pusat Ko Korikulum Negeri Kedah yang bertempat di Kem Singkir merintis jalan untuk membolehkan para jurulatih pusat Ko mendapatkan lesen radio amatur. Pada bulan November 2006 Pusat Ko Korikulum Singkir telah menganjurkan kursus intensif selama 3 hari untuk persediaan meduduki Peperiksaan Radio Amatur (RAE) bagi para jurulatih ko korikulum Negeri Kedah. Berkat tunjuk ajar rakan rakan senior radio amatur terutamanya Cikgu Danial 9M2DI alhamdulillah penulis dan rakan rakan lain lulus RAE 2/2006 dan seterusnya dari situ bermulalah selangkah demi selangkah penulis menapak ke dunia radio amatur.

Saat yang paling mendebarkan ialah menunggu keputusan RAE dikeluarkan. Akhirnya pada penghujung Disember 2006 genap sebulan selepas tarikh peperiksaan radio amatur MCMC pun mengumumkan keputusan dalam laman webnya. Dengan perasan berdebar debar satu persatu index no. dan nombor kad pengenalan diteliti...satu perkataan PASS tertera bertentangan dengan index no. penulis. Gembira bukan kepalang dengan keputusan yang diumumkan terus penulis menelefon rakan-rakan yang sama sama menduduki RAE.
Bermula dari 07/01/2007 setelah mendapat AA penulis pun mulalah belajar belajar terbang di udara Langkawi seterusnya ke pancar ulang G. Raya Langkawi dan lain lain pancar ulang di utara tanah air. Penulis juga telah menjadi ahli Persatuan Radio Amatur Melayu Utara Semenanjung Malaysia (ASTRA) pada tahun 2007 dengan nombor keahlian 1077.Detik yang dinanti oleh setiap pelayar - REGATTA Perahu Layar 2008 di Langkawi.