Monday, August 4, 2008

BERSAHABAT MELALUI GELOMBANG DI UDARA

Minat saya terhadap penggunaan radio komunikasi dua hala bermula sejak beberapa tahun dahulu lagi bermula dengan penggunaan 'walkie talkie' semasa menjalankan tugas acara sukan di padang dan stadium. Cuma di waktu itu tidak menemui jalan yang betul dan tidak tahu selok belok untuk mendapatkan lesen pengendali radio amatur.

Kebetulan pula pusat Ko Korikulum Negeri Kedah yang bertempat di Kem Singkir merintis jalan untuk membolehkan para jurulatih pusat Ko mendapatkan lesen radio amatur. Pada bulan November 2006 Pusat Ko Korikulum Singkir telah menganjurkan kursus intensif selama 3 hari untuk persediaan meduduki Peperiksaan Radio Amatur (RAE) bagi para jurulatih ko korikulum Negeri Kedah. Berkat tunjuk ajar rakan rakan senior radio amatur terutamanya Cikgu Danial 9M2DI alhamdulillah penulis dan rakan rakan lain lulus RAE 2/2006 dan seterusnya dari situ bermulalah selangkah demi selangkah penulis menapak ke dunia radio amatur.

Saat yang paling mendebarkan ialah menunggu keputusan RAE dikeluarkan. Akhirnya pada penghujung Disember 2006 genap sebulan selepas tarikh peperiksaan radio amatur MCMC pun mengumumkan keputusan dalam laman webnya. Dengan perasan berdebar debar satu persatu index no. dan nombor kad pengenalan diteliti...satu perkataan PASS tertera bertentangan dengan index no. penulis. Gembira bukan kepalang dengan keputusan yang diumumkan terus penulis menelefon rakan-rakan yang sama sama menduduki RAE.
Bermula dari 07/01/2007 setelah mendapat AA penulis pun mulalah belajar belajar terbang di udara Langkawi seterusnya ke pancar ulang G. Raya Langkawi dan lain lain pancar ulang di utara tanah air. Penulis juga telah menjadi ahli Persatuan Radio Amatur Melayu Utara Semenanjung Malaysia (ASTRA) pada tahun 2007 dengan nombor keahlian 1077.Detik yang dinanti oleh setiap pelayar - REGATTA Perahu Layar 2008 di Langkawi.