Monday, November 10, 2008

PERTANDINGAN MEMANCING TENGGIRI DI LANGKAWI

Sempena musim penghijrahan ikan pelagic terutamanya ikan tenggiri yang melintasi perairan Langkawi, Majlis Tindakan Pelancongan Langkawi mengambil peluang menganjurkan pertandingan memancing ikan tenggiri di selatan perairan Pulau Langkawi pada 8 dan 9 November 2008. Pertandingan memancing kategori pantai juga diadakan dikawasan pantai hadapan Awana Porto Malai.

Saya bersama 9W2KMC sempat berjumpa dengan rakan-rakan ham yang datang untuk memberi bantuan komunikasi. Antara yang dapat ditemui ialah 9M2SO Tuan Haji Shafie, 9W2AZE Cikgu Aziz, 9W2OP Pak Long Lah, 9W2FLY, 9W2GPS, 9W2PCS, 9W2PCB, 9W2ZZF, 9W2DSL. Kami tidak sempat melihat ikan hasil tangkapan pemancing kerana pemancing pemancing masih belum pulang dari laut.